Portal Komuniti e-Pembelajaran Iklaneka

PUSAT INTERNET DESA MARANG    

Ayuh!! Kita Jadi Celik IT

  *** PID Marang kini merupakan agen e-Perolehan bagi membantu anda menguruskan hal berkaitan..Sila dapatkan maklumat lanjut di talian 09-6183261 atau datang ke PID ..***       -Pertandingan mencipta Digital Storytelling (DST) sempena PID Entrepreneurship 09..Terbuka kpd semua pengguna PID..Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengurus PID -                  - Pendaftaran bagi PROGRAM INTENSIF CUTI SEKOLAH 09 telah dibuka sekarang..Daftar segera..Tempat adalah terhad!!!.. Kelas akan bermula 22 NOV 09 -               

Pengenalan

Selamat Datang

Terima kasih kerana sudi melayari laman web Pusat Internet Desa Marang, Terengganu. Perkongsian maklumat melalui laman web ini diharap dapat membantu dalam penyebaran maklumat dan ilmu khasnya bagi penduduk Malaysia. Kami di sini bersedia menerima sebarang idea dan pandangan dari semua pihak. Sekalung terima kasih juga kami ucapkan kepada sesiapa sahaja yang turut membantu dalam pembangunan laman web ini.

Artikel Semasa
Institut Jantung Terengganu Beroperasi Tahun Depan
Nasib rakyat Terengganu yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan.
 
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata lokasi pusat perubatan yang bakal dibina menggunakan peruntukan penuh kerajaan negeri itu sudah dikenalpasti dan kerja menyediakan kelengkapan yang sesuai akan dijalankan secepat mungkin memandangkan projek itu di peringkat perundingan terakhir.
 
Katanya, caj rawatan yang dikenakan kepada pesakit yang memerlukan khidmat di institut jantung itu nanti bergantung kepada taraf hidup dan pendapatan pesakit berkenaan.
 
Kalau mereka yang berkemampuan mungkin akan kena caj seratus peratus. Kalau kurang mampu mungkin 50-50, bayar sendiri separuh dan kerajaan akan tanggung separuh. Ia bergantung kepada taraf hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Kuala Lumpur, di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur.
 
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Dato’ Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Encik Ahmad Razif Abd Rahman.
 
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Haji Khazan Che Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri dan Asas Tani, Encik Rozi Mamat; Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Kamaru al-Amin Ismail dan Pegawai Kewangan negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
 
Beliau berkata, idea mewujudkan kemudahan untuk membantu rakyat Terengganu dibuat selaras dengan konsep `merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’, selepas melihat ramai orang kampung yang mendapat penyakit strok umpamanya hanya terbaring di rumah dan membiarkan penyakit itu makin melarat tanpa mendapatkan rawatan yang sewajarnya di pusat rawatan.
 
Selain kurang kesedaran, ramai juga penghidap penyakit berbahaya itu enggan mendapatkan rawatan lanjut kerana kemiskinan dan tiada sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan sepanjang rawatan.
 
Sebelum itu, Dato’ Ahmad begitu teruja dapat meluangkan masa beramah mesra di majlis berbuka puasa, selain berterawih dengan perantau yang hadir ke majlis berkenaan.
 
Program, itu berjaya menghimpunkan lebih 1,000 anak Terengganu melibatkan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam di sekitar kuala Lumpur dan Selangor, wartawan serta ahli Persatuan Anak Terengganu Wilayah Persekutuan & Selangor (Pesat)

Dalam usaha kerajaan merakyatkan pendidikan, Dato’ Ahmad juga telah menyampaikan sumbangan bantuan untuk pentadbiran Persatuan Mahasiswa Terengganu (Permata) bagi setiap pusat pengajian tinggi untuk menggerakkan aktiviti dan kebajikan pelajar di IPTA berkenaan.

Program berkenaan dianjurkan Pejabat Menteri Besar, Yayasan Terengganu dan Unit Komunikasi Negeri dengan kerjasama Badan Perhubungan Umno Negeri.

 
-Unit Komunikasi Negeri-
Laman Utama
PID
Marang
Info Tempatan
Info Mukim
Kemudahan
Galeri
Direktori
Iklaneka
Kelab Usahawan Sosial
Hubungi Kami
Pautan Luar
Daftar untuk mendapatkan maklumat terbaru daripada laman web
Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Laman Web Kami
Ya
Tidak Dan Masih Perlu Dibaiki
Keputusan Undian
No Events

 

Anda Adalah Pelawat Yang Ke :-

Http://www.freecountercode.com/

Mutiara kata:- "Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi..Jadilah seperti yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan....

- © 2010 Copyright KPKK. All rights reserved -